Apex Legends Untuk Android Dan iOS Disahkan Akan Hadir Seawal Penghujung Tahun 2020 Comments Off on Apex Legends Untuk Android Dan iOS Disahkan Akan Hadir Seawal Penghujung Tahun 2020 220

Kini sudah menjadi satu trend kepada para pembangun permainan untuk memperkenalkan versi mudah alih untuk pengguna Android dan iOS. Jika sebelum ini ‘Call of Duty: Mobile’ sudahpun boleh dimuat turun secara rasmi, permainan mudah alih ‘League of Legends: Wild Rift’ pula kini telah dibuka untuk pra-pendaftaran.

Nampaknya satu lagi permainan popular iaitu ‘Apex Legends’ bakal dibangunkan khusus untuk peranti mudah alih selepas EA Games telah mengesahkan akan mula memperkenalkannya sekitar tahun fiskal 2021 nanti. Untuk pengetahuan anda, tahun fiskal 2021 akan bermula pada 1 Oktober dan akan berakhir pada 30 September 2021.

Gameplay Apex Legends versi PC

Namun begitu pihak EA Games tidak pula mendedahkan tarikh spesifik untuk melancarkan versi mudah alih untuk permainan Apex Legends. Apa yang pasti, kemunculan Apex Legends versi mudah alih ini nanti sudah tentunya akan menjadi pencabar terhadap permainan battle royale sedia ada seperti PUBG Mobile, Fortnite, dan juga Call of Duty: Mobile.

Trailer rasmi Apex Legends Season 3 – Meltdown untuk PC, PS4 dan Xbox One:

sumber

Baca juga:

Pra-Pendaftaran Permainan ‘League of Legends: Wild Rift’ Kini Dibuka Untuk Peranti Android

‘Call of Duty: Mobile’ Versi Rasmi Kini Sudah Boleh Dimainkan Pada Peranti Android Dan iOS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend