Apakah Spesifikasi Telefon Pintar Yang Boleh Menyokong Permainan ‘League of Legends: Wild Rift’?! Comments Off on Apakah Spesifikasi Telefon Pintar Yang Boleh Menyokong Permainan ‘League of Legends: Wild Rift’?! 374

‘League of Legends: Wild Rift’ mungkin boleh dianggap sebagai salah satu daripada permainan MOBA yang paling terbaru diperkenalkan, namun begitu kemunculan versi mudah alih ini ternyata dinantikan oleh kebanyakan pengguna global.

Walaupun permainan ini masih lagi belum boleh dimuat turun secara rasmi, ramai di antara peminat permainan yang diadaptasikan daripada PC ini mula mengajukan pelbagai soalan. Jadi berikut adalah jawapan bagi persoalan tentang ‘League of Legends: Wild Rift’…

Soalan: Bilakah permainan ‘League of Legends: Wild Rift’ akan tiba? Apakah platform yang akan menyokong permainan ini?

Jawapan: Untuk versi mudah alih, permainan ini akan diperkenalkan pada peranti Android serta iOS, dan anda kini sudah boleh membuat pra-pendaftaran di Google Play Store bermula sekarang. Manakala untuk konsol, lebih banyak info akan dikongsikan menjelang tahun 2020.

Soalan: Apakah perbezaan antara ‘League of Legends: Wild Rift’ dengan versi PC ‘League of Legends’?

Jawapan: Permainan versi mudah alih ini telah dibangunkan keseluruhannya semula dari awal. Malah ia kini menyokong models, animasi, sistem permainan dan banyak lagi yang dioptimumkan untuk telefon pintar dan konsol. Sungguhpun begitu, bagi memastikan pengalaman permainan yang sama seperti versi PC, ia masih mengekalkan teras asal daripada League of Legends.

Soalan: Adakah versi mudah alih ini boleh dimainkan secara cross-platform antara PC dan telefon pintar atau konsol?

Jawapan: Tidak – versi mudah alih ini memiliki sedikit perbezaan, tetapi kedua-duanya masih menyokong teras gameplay 5V5 MOBA yang sama seperti League of Legends. Penambahan sokongan cross-platform antara versi mudah alih dan PC juga dipercayai akan menjejaskan integriti permainan.

Soalan: Apakan spesifikasi minimum yang diperlukan pada telefon pintar untuk permainan ‘League of Legends: Wild Rift’?

Jawapan: Pihak pembangun cuba untuk memastikan permainan ini boleh dimainkan pada lebih banyak telefon pintar. Buat masa sekarang, berikut adalah spesifikasi minimum yang dicadangkan untuk menyokong permainan ‘League of Legends: Wild Rift’:

  • Android – ia dikatakan boleh menyokong peranti yang memiliki spesifikasi minimum setanding seperti Samsung Galaxy A7, atau peranti yang memiliki RAM 1GB, cipset Qualcomm Snapdragon 410, dan juga GPU Adreno 306.
  • iOS – iPhone 5s dan model yang lebih baru daripadanya.
Soalan: Bilakah kami boleh mula memainkan permainan ‘League of Legends: Wild Rift’?

Jawapan: Versi alpha dan beta dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun 2019 ini, bermula di China. Perancangan untuk melepaskan permainan ini sepenuhnya di seluruh dunia menjelang penghujung tahun 2020 nanti. Namun begitu tarikh spesifik untuk ketersediaan permainan ini masih lagi belum diumumkan.

Soalan: Berapa banyak karakter yang akan disediakan dalam permainan ‘League of Legends: Wild Rift’?

Jawapan: Terdapat sekitar 40 karakter akan disediakan pada pelancaran awal permainan ini, dan lebih banyak karakter akan ditambah pada masa akan datang.

  • Ahri
  • Alistar
  • Annie
  • Ashe
  • Blitzcrank
  • Braum
  • Camille
  • Ezreal
  • Fizz
  • Garen
  • Jax
  • Jhin
  • Jinx
  • Lux
  • Malphite
  • Master Yi
  • Miss Fortune
  • Nami
  • Nasus
  • Orianna
  • Teemo
  • Tryndamere
  • Twisted Fate
  • Vayne
  • Vi
  • Yasuo
  • Zed
  • Ziggs
Soalan: Bagaimana untuk mendapatkan karakter dalam permainan ‘League of Legends: Wild Rift’?

Jawapan: Kesemua karakter boleh dimiliki secara percuma, tiada konsep ‘pay-to-win’, dan skins boleh dibeli di dalam aplikasi.

Tonton trailer ‘League of Legends: Wild Rift’:

Pra-pendaftaran ‘League of Legends: Wild Rift’ boleh dibuat melalui Google Play Store

Baca juga:

Pra-Pendaftaran Permainan ‘League of Legends: Wild Rift’ Kini Dibuka Untuk Peranti Android

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend