Apabila iPhone 11 Pro Dan Tesla Cybertruck Bergabung Comments Off on Apabila iPhone 11 Pro Dan Tesla Cybertruck Bergabung

Apple dan Tesla merupakan jenama yang berasal dari California malah kedua-dua syarikat teknologi ini adalah antara jenama paling bernilai di atas muka bumi.

Produk terbaru dari Apple ialah iPhone 11 Pro dan Tesla pula melalui trak pikap diberi nama Cybertruck. Melihat kedua-dua gergasi ini mempunyai pengaruh yang tinggi seantero dunia, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar Rusia, Caviar hadir dengan produk terbaru mereka menerusi iPhone 11 Pro Cyberphone.

Peranti ini merupakan telefon pintar premium mewah yang difabrikasi semula daripada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max dengan reka bentuk diinspirasikan Cybertruck.

Anda boleh lihat peranti ini agak berotot pada panel belakang yang mana kerangkanya dibina begitu terperinci sehingga menyertakan penutup untuk paparan skrin. Penutup ini juga boleh dilipat untuk dijadikan kaki bagi menambah ciri penggayaan padanya.

Sekiranya anda mahukan kelainan, iPhone 11 Pro / 11 Pro Max Cybertruck dijual pada harga USD5,265 (~RM21,531) seunit. Tambahan, Caviar hanya menghasilkan 99 unit sahaja, maka ia sememangnya sebuah telefon edisi terhad.

Mengapa harganya terlalu mahal, ia adalah disebabkan penggunaan bahan titanium hampir di seluruh bahagian. Namun harga tadi hanya untuk varian 64GB dan jika masih tidak mencukupi, Caviar sedia menjual varian dengan storan lebih luas pada harga lebih mahal.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend