Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Spesifikasi Huawei P30 dan P30 Pro?! Comments Off on Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Spesifikasi Huawei P30 dan P30 Pro?! 759

Jika semalam kami telah berkongsi imej Huawei P30 Pro yang dipercayai akan diperkenalkan dalam warna eksklusif ‘Sunrise Red’ untuk pasaran terpilih, hari ini lebih banyak maklumat berhubung spesifikasi siri Huawei P30 telah berjaya didedahkan. Menariknya ketirisan maklumat ini telah berjaya diperolehi lebih kurang dua minggu sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac nanti.

Skrin

Huawei P30 dan P30 Pro kedua-duanya akan menggunakan panel OLED dengan saiz dan juga resolusi yang berbeza. Huawei P30 Pro akan hadir dengan skrin 2K+ sebesar 6.47 inci yang beresolusi 3120 x 1440 piksel. Manakala Huawei P30 pula memiliki saiz skrin yang lebih kecil berukuran 6.1 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel).

Kamera
Sebagaimana imej pengolokan yang tertiris sebelum ini, Huawei P30 Pro memiliki empat kamera yang terdiri daripada lensa utama 40MP (f/1.6, OIS), lensa ToF (Time-of-Flight), lensa sudut luas 20MP (f/2.2) dan juga lensa periskop dengan keupayaan zum optikal 7.8x atau 10x lossless zoom.

Manakala Huawei P30 pula menawarkan sokongan tiga kamera beresolusi 40MP (f/1.8), lensa sudut luas 20MP dan juga lensa telefoto 8MP dengan keupayaan 5x lossless zoom. Kedua-dua model ini turut menyokong auto fokus laser dan juga dwi LED.

Bateri
Huawei P30 Pro tampil dengan sokongan kapasiti bateri yang sangat besar sama seperti Huawei Mate 20 Pro iaitu 4200 mAh, dan Huawei P30 pula menerima kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 3650 mAh. Kedua-duanya dijangka akan menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W.

Pemproses


Siri Huawei P30 akan dikuasakan dengan cipset yang sama pada siri Mate 20 iaitu Kirin 980 berasaskan proses fabrikasi 7nm. Bahkan sebelum ini juga kami ada berkongsi ketirisan skor yang dicatatkan oleh ujian penanda aras Geekbench menggunakan cipset Kirin 980 dengan sokongan Android 9.0 Pie.

Storan
Huawei P30 akan ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 6GB + 128GB, tetapi Huawei P30 Pro pula menyokong RAM berkapasiti 8GB dengan tiga pilihan storan iaitu 128GB, 256GB ataupun 512GB.

sumber

Baca juga:

Fasha Sandha Kongsi Gambar Perkahwinan Menggunakan Huawei P30

Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend