Apa Yang Diketahui Tentang OnePlus 7 Pro Setakat Ini, Seminggu Sebelum Ia Dilancarkan… Comments Off on Apa Yang Diketahui Tentang OnePlus 7 Pro Setakat Ini, Seminggu Sebelum Ia Dilancarkan…

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk OnePlus mengumumkan kemunculan OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 kepada umum iaitu pada 14 Mei 2019 nanti. Melalui pelbagai pendedahan yang telah dikongsikan di Internet setakat ini, kami akan membuat kesimpulan ringkas tentang apa yang perlu anda ketahui tentang OnePlus 7 Pro seperti berikut:

#1. Rekaan kamera depan terangkat

Buat pertama kalinya dalam pembuatan telefon pintar OnePlus, OnePlus 7 Pro merupakan model pertama keluarannya yang menampilkan rekaan kamera depan terangkat. Pendekatan untuk menggunakan rekaan kamera sebegini adalah bagi mendapatkan paparan skrin penuh tanpa sebarang takuk. Namun begitu, buat masa ini resolusi dan juga sensor yang akan digunakan masih lagi tidak diketahui.

#2. Panel skrin HDR10+ ‘Fluid AMOLED’ dengan kadar segar semula sehingga 90Hz

Sebagaimana yang kita ketahui, OnePlus telah membelanjakan kos R&D yang sangat tinggi untuk penghasilan paparan skrin yang dibangunkan khusus untuk OnePlus 7 Pro. Dengan menelan kos tiga kali ganda berbanding skrin lain di pasaran, OnePlus 7 Pro akan menggunakan panel jenis ‘Fluid AMOLED’ yang menyokong kadar segar semula fleksibel antara 60Hz dan 90Hz.

Tampil dengan rekaan skrin penuh, OnePlus 7 Pro dikatakan akan tampil dengan paparan skrin berukuran 6.67 inci QHD+ (3120 x 1440 piksel). Selain itu, ia juga menyokong panel skrin jenis melengkung pada sisi kiri dan kanannya, sama seperti rekaan panel belakangnya yang juga melengkung.

OnePlus 7 Pro juga dikatakan telefon pintar kedua di dunia selepas siri Samsung Galaxy S10 yang hadir dengan teknologi paparan HDR10+. Sokongan paparan sebegini membolehkan imej yang lebih terang, jelas dan juga kontras yang jauh lebih baik berbanding paparan biasa. Malah panel skrin OnePlus 7 Pro juga telah mendapat penarafan tertinggi daripada DisplayMate.

#3. Spesifikasi yang berkuasa

OnePlus 7 Pro akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, dan ia turut dikombinasikan dengan ruang storan sebesar 128GB atau 256GB. Manakala untuk RAM pula, OnePlus 7 Pro menyokong tiga pilihan kapasiti iaitu 6GB8GB dan juga 12GB. Lebih menariknya, ia turut menawarkan sokongan memori flash jenis UFS 3.0 yang sangat pantas.

#4. Bateri besar dengan teknologi pengecasan pantas

Berdasarkan perkongsian di Internet, OnePlus 7 Pro tersedia dengan bateri berkapasiti 4000 mAh, dan ia turut menyokong teknologi pengecasan pantas 30W. Seperti biasa proses pengecasan dan juga pemindahan data boleh dibuat melalui sambungan USB Type-C.

#5. Tiga kamera utama

Melalui ketirisan imej pengolokan OnePlus 7 Pro, ia telah disahkan akan menyokong tiga kamera utama beresolusi 48MP + 16MP + 8MP. Namun begitu tidak dapat dipastikan jenis lensa yang disokong, tetapi berkemungkinan besar ia memiliki lensa sudut lebar dan juga telefoto. Selain itu, rekaan kameranya juga dilihat agak timbul daripada permukaan panel belakangnya.

#6. Tiga pilihan warna

Buat masa ini, OnePlus 7 Pro dipercayai akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Mirror Grey, Nebula Blue dan juga satu lagi warna baharu iaitu Almond.

#7. Tidak menerima pengiktirafan IP untuk fungsi kalis air

Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh OnePlus sendiri, OnePlus 7 Pro tidak akan menerima pengiktirafan IP untuk fungsi kalis air kerana ia dikatakan akan mengakibatkan kos tambahan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, OnePlus 7 Pro dikatakan masih mampu dimasukkan ke dalam air tanpa isu, tetapi ia tidak akan dilindungi dengan jaminan waranti jika berlaku sebarang kerosakan disebabkan oleh air.

#8. Jangkaan harga jualan di India

Sebelum ini harga jualan untuk ketiga-tiga varian OnePlus 7 Pro bagi pasaran di India telah dikongsikan di Twitter. Varian 6GB + 128GB akan dijual pada harga Rs49,999 (kira-kira RM2,995), manakala varian 8GB + 256GB berharga Rs.52,999 (kira-kira RM3,176), dan varian tertinggi 12GB + 256GB pula dijual pada harga Rs.57,999 (RM3,475).

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

OnePlus 7 Pro Dipercayai Menggunakan Skrin ‘Fluid AMOLED’ Dengan Paparan Fleksibel 60Hz dan 90Hz

Harga Jualan OnePlus 7 Pro Di India Tertiris, Mungkin Dijual Pada Harga RM2,995 Hingga RM3,475

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend