Apa Menarik Tentang Huawei Nova 4e Yang Perlu Anda Ketahui?! Comments Off on Apa Menarik Tentang Huawei Nova 4e Yang Perlu Anda Ketahui?! 1905

Huawei Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar kelas pertengahannya iaitu Huawei Nova 4e untuk pasaran tempatan pada minggu lepas dan ia sudahpun mula dijual secara rasmi pada 16 Mac 2019. Sekiranya anda bercadang untuk memiliki peranti dengan bajet sekitar RM1200, Huawei Nova 4e mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadi bagi membantu anda melihat serba sedikit kelebihan model terbaharu daripada Huawei ini, kami akan berkongsi apa yang menarik tentangnya seperti berikut:

#1. Kamera swafoto 32MP


Dengan rekaan takuk ‘Dewdrop Display’, Huawei Nova 4e dilengkapi dengan kamera depan beresolusi 32MP (f/2.0) dengan sokongan pelbagai mod seperti Portrait, Panorama, AR Lens, Time-Lapse, Filter, 3D Panorama, dan juga Stickers. Tersedia dengan keupayaan penggambaran AI, kamera depannya juga boleh mengenalpasti lapan senario dan subjek berbeza.

Bahkan di sebalik lubang earpiece peranti ini turut dilengkapi dengan lampu LED notifikasi pelbagai warna.

#2. Keupayaan untuk menyembunyikan takuk

Sebelum takuk disembunyikan.
Selepas takuk disembunyikan.

Sekiranya anda tidak begitu menggemari kehadiran takuk, Huawei Nova 4e menyokong fungsi khas untuk anda menyembunyikan takuk itu dengan menggunakan bar hitam. Bahkan ruangan bar hitam itu tidak disia-siakan kerana ia masih boleh digunakan untuk memaparkan notifikasi dan juga status peranti.

#3. Dioperasikan dengan EMUI 9.0.1


Huawei Nova 4e juga telah dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9.0.1 berasaskan Android 9.0 Pie yang menjanjikan pengalaman penggunaan sistem operasi yang terkini. Paparan skrin juga kini boleh dioptimumkan ruangnya dengan menyingkirkan penggunaan butang on-screen, dan menggantikannya dengan sistem navigasi skrin penuh.

#4. USB Type-C dan bicu audio


Walaupun ditawarkan pada harga yang kompetitif, Huawei Nova 4e jelas menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik melalui sokongan port USB Type-C dengan teknologi pengecasan pantas 18W (9V2A). Bahkan ia juga masih mengekalkan kehadiran bicu audio 3.5mm bagi memastikan pengalaman multimedia yang lebih baik.

#5. Kemasan panel belakang premium


Rekaan Huawei Nova 4e juga tidak mengecewakan kerana ia memiliki panel belakang yang kelihatan premium. Kemasan warna Peacock Blue yang kami pegang ini akan menghasilkan tona warna menarik antara ungu dan biru. Ia juga memiliki efek pantulan cahaya yang mampu menarik perhatian.

#6. Tiga kamera dengan lensa sudut luas


Jika dibandingkan dengan peranti lain dalam segmen harga yang sama, Huawei Nova 4e memiliki kelebihan kerana menjanjikan sokongan tiga kamera beresolusi 24MP Wide-angle (f/1.8) + 8MP Ultra Wide-angle + 2MP Bokeh. Selain mampu mengambil gambar dengan sudut luas mencecah 120 darjah, ia menyokong ciri AI yang boleh mengenalpasti sehingga 22 subjek dan persekitaran berbeza.

Mod 1x
Mod Wide

Spesifikasi Huawei Nova 4e:

  • EMUI 9.0.1(Android 9.0 Pie)
  • Hibrid slot (nanoSIM + nanoSIM/microSD)
  • Kirin 710 (12 nm)
  • Mali-G51 (4 core)
  • 6GB RAM + 128GB
  • 6.15 inci IPS LCD, FHD+ (2312 x 1080 piksel)
  • Anti-fingerprint Film (Oleophobic Coating)
  • Kamera utama: 24MP Wide-angle (f/1.8) + 8MP Ultra Wide-angle + 2MP Bokeh
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0)
  • 3340 mAh (9V2A)
  • 152.9 x 72.7 x 7.4mm / 159g
  • Pilihan warna: Midnight Black, Pearl White, Peacock Blue

Harga: RM1,199

Beli di https://shop.huawei.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend