Apa Itu GPU Turbo Yang Diperkenalkan Oleh Honor Dan Peranti Mana Yang Akan Menyokongnya?! 0 1463

Di dalam majlis pelancaran honor Play dan juga honor 9i (2018) baru-baru ini, honor turut mengumumkan satu ciri baharu yang sememangnya mendapat perhatian ramai iaitu GPU Turbo. Mungkin ada antara yang kurang arif apakah sebenarnya kelebihan yang akan diperolehi sekiranya sesebuah peranti itu hadir dengan teknologi terbaru dari honor ini bukan?!

Untuk pengetahuan anda, sokongan teknologi GPU Turbo mampu membantu pemprosesan grafik yang lebih efisien pada telefon pintar. Selain menjanjikan peningkatan prestasi yang jauh lebih baik, ia juga berupaya memaparkan grafik yang lebih cantik dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan penggunaan kuasa ketika bermain permainan dalam kualiti HD.

Menurut GizmoChina, GPU Turbo berupaya meningkatkan pemprosesan grafik sehingga 60% lebih baik dan mampu mengurangkan penggunaan kuasa SoC sehingga 30% lebih baik berbanding peranti HiSilicon Kirin tanpa sokongan teknologi terbaru itu. Tidak cukup dengan itu, ia juga dipercayai akan turut menyokong permainan HDR dan juga frame rates yang lebih tinggi.

Buat masa ini teknologi GPU Turbo ini diperkenalkan secara eksklusif untuk honor Play dan honor 9i (2018) sahaja, tetapi honor telah mengesahkan bahawa ia akan turut diperkenalkan pada model keluaran honor sedia ada di pasaran seperti berikut:

  • honor 10
  • honor View 10
  • honor 9 Lite
  • honor 7X
  • honor 8 Pro
  • honor 9
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend