AnTuTu Versi 7.2.6 Diperkenalkan Untuk Mengatasi Isu Penipuan Ketika Ujian Penanda Aras Dijalankan Comments Off on AnTuTu Versi 7.2.6 Diperkenalkan Untuk Mengatasi Isu Penipuan Ketika Ujian Penanda Aras Dijalankan 308

Acapkali kita terdengar kontroversi berhubung kes penipuan pengeluar telefon pintar yang mencatatkan skor ujian penanda aras yang sangat tinggi. Jadi bagi mengatasi isu berkenaan, AnTuTu telah mula memperkenalkan versi 7.2.6 yang dikatakan mampu mengelakkan eksploitasi pada kebenaran sistem ketika menjalankan ujian UX pada aplikasi ini.

Pengenalan versi terbaharu ini sedikit sebanyak mampu mengelakkan pengeluar telefon pintar untuk mengambil kesempatan dengan menipu skor ujian penanda aras mereka, semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna. Buat masa ini peranti Android dilihat masih menggunakan versi 7.1.5, manakala peranti iOS pula menggunakan AnTuTu versi 7.2.0.

Buat masa ini aplikasi AnTuTu v7.2.6 hanya boleh dimuat turun melalui laman rasmi di http://soft.antutu.com/

Baca juga:

Xiaomi Black Shark 2 Dengan Cipset Snapdragon 855 Catat Skor AnTuTu Melebihi 430,000?!

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend