AnTuTu Perkenal Aplikasi Penanda Aras Untuk Menguji Prestasi AI Pada Telefon Pintar – AITuTu Benchmark Comments Off on AnTuTu Perkenal Aplikasi Penanda Aras Untuk Menguji Prestasi AI Pada Telefon Pintar – AITuTu Benchmark

AI atau Kepintaran Buatan bukanlah sesuatu yang baru dalam telefon pintar kerana ia kini menjadi sebahagian daripada elemen yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengoperasian. Bahkan pengeluar cip pemproses mudah alih sepert Huawei juga dilihat telah mula mengimplementasikan cip dedikasi untuk fungsi AI melalui sokongan NPU untuk memastikan prestasi AI yang lebih optimum.

Menariknya AnTuTu yang sememangnya terkenal sebagai salah satu daripada pembangun aplikasi penanda aras (benchmark) terkenal telah mula menawarkan aplikasi khusus untuk mengukur prestasi AI pada telefon pintar yang dikenali sebagai AITuTu Benchmark. Berdasarkan ujian yang dijalankan, versi 1.0 ini akan menjalankan dua jenis ujian iaitu pengkategorian imej dan juga pengecaman kenderaan yang bergerak.

Buat masa ini aplikasi ini tidak tersedia di dalam aplikasi Google Play Store, sebaliknya hanya boleh dimuat turun melalui laman rasmi AnTuTu sahaja.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend