AnTuTu Mendedahkan Kehadiran Peranti OPPO Dengan Snapdragon 855 Dan Memori 8GB + 256GB Comments Off on AnTuTu Mendedahkan Kehadiran Peranti OPPO Dengan Snapdragon 855 Dan Memori 8GB + 256GB

Sebelum ini OPPO telah mengumumkan bahawa model OPPO R19 tidak akan diperkenalkan pada tahun 2019, sebaliknya mengesahkan kemunculan peranti mercunya dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 menjelang tahun ini.

Ternyata ia bukanlah sekadar janji kosong apabila pangkalan data ujian penanda aras popular iaitu AnTuTu telah mendedahkan kehadiran peranti misteri keluaran OPPO yang tampil dengan nama kod ‘OP46C3’. Berdasarkan perkongsian ini, telefon pintar mercu keluaran OPPO yang telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 ini telah berjaya mencatatkan skor sebanyak 362,524.

Spesifikasi awal lain yang berjaya didedahkan untuk peranti misteri ini termasuklah sokongan konfigurasi memori 8GB + 256GB, dioperasikan dengan Android 9.0 Pie, dan akan menyokong paparan skrin beresolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel). Manakala melalui perkongsian oleh Naib Presiden OPPO di Weibo, peranti ini akan turut dilengkapi dengan teknologi 10x Lossless Zoom, sambungan 5G dan juga bateri 4065 mAh.

Baca juga:

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Februari 2019

OPPO Akan Lancar Peranti Dengan Teknologi 10x Lossless Zoom, Snapdragon 855 Dan 5G Pada Suku Kedua Tahun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend