AnTuTu Dedah Skor Cecah Lebih 450,000 Untuk Kirin 990, Rendah Berbanding Snapdragon 855 Plus Comments Off on AnTuTu Dedah Skor Cecah Lebih 450,000 Untuk Kirin 990, Rendah Berbanding Snapdragon 855 Plus 312

HUAWEI Mate 30, Mate 30 Pro dan juga Mate 30 RS baru sahaja dilancarkan secara rasmi semalam, dan seperti yang kita sedia maklum ia telah dikuasakan dengan cipset paling berkuasa daripada HUAWEI iaitu HiSilicon Kirin 990. Menariknya hari ini AnTuTu sudah mula mendedahkan skor tertinggi yang berjaya diperolehi oleh Kirin 990 iaitu mencecah 457,357 mata.

Jika dibandingkan dengan skor cipset Kirin 980 yang berjaya mencatatkan sekitar 356,000 mata, cipset baharu ini menyaksikan peningkatan prestasi sekitar 100,000 mata. Namun begitu, skor Kirin 990 dilihat sedikit lebih rendah apabila dibandingkan dengan skor AnTuTu yang diperolehi oleh cipset Snapdragon 855 Plus yang mencatatkan sekitar 469,000 mata.

Walau bagaimanapun, ujian penanda aras AI untuk Kirin 990 5G sememangnya sukar untuk diatasi oleh cipset mudah alih sedia ada di pasaran kerana ia telah mencatatkan skor hampir dua kali ganda. Sebagai rujukan, skor AI Benchmark untuk Kirin 990 memperolehi 52,403 mata, manakala Snapdragon 855 Plus pula hanya mencatatkan skor sebanyak 24,652 mata.

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend