AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Global Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Ogos 2019 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Global Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Ogos 2019 151

AnTuTu yang merupakan pembangun aplikasi mudah alih khusus untuk pengguna menjalankan ujian penanda aras yang akan mengukur prestasi keseluruhan peranti, baru-baru ini telah mendedahkan 10 telefon pintar paling berkuasa yang dioperasikan dengan Android untuk pasaran global. Menariknya untuk bulan Ogos 2019, senarai 10 peranti terbaik ini dilihat telah didominasi oleh peranti yang dikuasakan dengan cipset keluaran Qualcomm.

Berbeza dengan sebelum ini, Qualcomm dilihat telah memperkenalkan dua cipset mercunya untuk tahun 2019 dengan penawaran Snapdragon 855 dan juga Snapdragon 855 Plus yang menjanjikan prestasi yang telah dinaik taraf. Bahkan peranti yang dioperasikan dengan cipset Snapdragon 855 Plus juga telah berjaya mendominasi carta dengan skor purata tertinggi.

Senarai 10 telefon pintar Android Global terbaik untuk bulan Ogos 2019:

  1. ROG Phone II (Snapdragon 855 Plus) → 396,813
  2. ASUS ZenFone 6 (Snapdragon 855) → 376,671
  3. OnePlus 7 Pro (Snapdragon 855) → 372,534
  4. Xiaomi Mi 9 (Snapdragon 855) → 371,108
  5. Redmi K20 Pro (Snapdragon 855) → 370,398
  6. OnePlus 7 (Snapdragon 855) → 370,111
  7. Samsung Galaxy Note10+ (Snapdragon 855) → 369,362
  8. Xiaomi Mi 9T Pro (Snapdragon 855) → 364,735
  9. Black Shark 2 (Snapdragon 855) → 362,652
  10. Samsung Galaxy Note10+ 5G (Exynos 9825) → 348,840

Baca juga:

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Jun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend