AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Oktober 2018 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Oktober 2018

ROG Phone telah menduduki tangga yang teratas dalam carta AnTuTu untuk peranti Android terbaik sepanjang bulan September. Namun setelah siri Huawei Mate 20 dilancarkan, ramai yang menjangkakan akan ada perubahan dalam senarai bulan Oktober.

Jadi memang benar ada perubahan. Melalui perkongsian AnTuTu, siri Huawei Mate 20 telah membolot tiga tangga yang teratas dengan Huawei Mate 20 di tempat pertama, diikuti rapat Huawei Mate 20 Pro, dan Huawei Mate 20 X di tempat ke-3.

Seterusnya ialah Xiaomi Black Shark Helo dengan skor 301,757 dan Xiaomi Black Shark pada tangga ke-5 yang sebelum ini di tempat kedua. Bagaimanapun, di tempat ke-6 yang sebelum ini dipegang oleh Oppo Find X telah dirampas dan digantikan dengan Meizu 16th.

Selain daripada itu, OnePlus 6 yang berada di kelompok lima teratas bulan lepas telah dikalahkan dan kini jatuh pada tempat ke-7. Malangnya bagi ROG Phone yang hanya sebulan sahaja memegang takhta, ia terpaksa diturunkan di kedudukan yang ke-8. Diikuti tempat ke-9 dan ke-10 adalah Smartisan Nut R1 dan Nubia Z18.

Kesemua peranti ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 845 kecuali siri Huawei Mate 20 yang dijana cip berasaskan 7nm Kirin 980. Sudah pasti dengan teknologi serba baharu, tidak dinafikan Huawei mampu memberi saingan hebat kepada peranti berkuasa Snapdragon.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend