AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Mei 2019 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Mei 2019 609

Setelah beberapa bulan Xiaomi selesa berada di tangga teratas teratas sebagai telefon pintar Android paling berkuasa, sebagaimana yang disenaraikan di dalam pangkalan data ujian penanda aras AnTuTu. Akhirnya kedudukan senarai untuk bulan Mei 2019 telah menyaksikan perubahan kedudukan yang agak ketara berikutan kehadiran model baharu di pasaran.

Sumber data yang dicatatkan pada 1 Mei hingga 31 Mei 2019.

Senarai 10 telefon pintar Android terbaik untuk bulan Mei 2019:

  1. Nubia Red Magic 3 (Snapdragon 855) → 380,921
  2. ZTE Axon 10 Pro (Snapdragon 855) → 376,916
  3. Xiaomi Mi 9 Explorer Edition (Snapdragon 855) → 376,092
  4. Black Shark 2 (Snapdragon 855) → 374,736
  5. Xiaomi Mi 9 (Snapdragon 855) → 372,422
  6. Meizu 16s (Snapdragon 855) → 370,135
  7. OnePlus 7 Pro (Snapdragon 855) → 368,834
  8. Lenovo Z6 Pro (Snapdragon 855) → 363,399
  9. Samsung Galaxy S10+ (Snapdragon 855) → 362,450
  10. Samsung Galaxy S10 (Snapdragon 855) → 361,394

Berdasarkan daripada senarai terbaharu ini, jelas dapat dilihat bahawa kesemua 10 telefon pintar terbaik yang disenaraikan oleh AnTuTu ini telah didominasi oleh peranti yang dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855. Bahkan dua daripada telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan iaitu Nubia Red Magic 3 dan juga ZTE Axon 10 Pro telah merampas kedudukan di tempat pertama dan kedua senarai ini.

sumber

Baca juga:

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan April 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend