AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Mac 2019 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Mac 2019

Bulan Mac 2019 telah menyaksikan lebih banyak telefon pintar dengan sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 855 telah diperkenalkan di pasaran. Trend penggunaan cipset paling berkuasa daripada Qualcomm ini secara tidak langsung dilihat telah berjaya mengubah kedudukan di dalam senarai telefon pintar terbaik Android untuk bulan ini.

Samsung Galaxy S10+ untuk pasaran tempatan dijana oleh cipset Exynos 9820 dan bukannya Qualcomm Snapdragon 855 (China dan US sahaja).

Apa yang pasti, kemunculan model mercu yang baru diperkenalkan seperti Xiaomi Mi 9 Explorer Edition, Vivo iQOO dan juga siri Samsung Galaxy S10 yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 855 telah berada dalam kelompok enam peranti terbaik. Walau bagaimanapun ingin kami maklumkan bahawa keputusan yang dicatatkan adalah diambil daripada skor purata daripada pangkalan data AnTuTu.

Senarai 10 telefon pintar Android terbaik untuk bulan Februari 2019:

  1. Xiaomi Mi 9 Explorer Edition (Snapdragon 855) → 372,072
  2. Xiaomi Mi 9 (Snapdragon 855) → 371,878
  3. Vivo iQOO Monster (Snapdragon 855) → 365,430
  4. Samsung Galaxy S10+ (Snapdragon 855) → 359,987
  5. Samsung Galaxy S10 (Snapdragon 855) → 359,217
  6. Vivo iQOO (Snapdragon 855) → 356,510
  7. Lenovo Z5 Pro GT (Snapdragon 855) → 348,591
  8. Nubia Red Magic Mars (Snapdragon 845) – 315,200
  9. Honor V20 / View20 (Kirin 980) → 306,306
  10. Huawei Mate 20 X (Kirin 980) → 303,174

Baca juga:

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Februari 2019

AnTuTu Versi 7.2.6 Diperkenalkan Untuk Mengatasi Isu Penipuan Ketika Ujian Penanda Aras Dijalankan

Nubia Red Magic 3 Berada Di Takhta Teratas Dalam Carta AnTuTu Dengan Skor Melebihi 437,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend