AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan April 2019 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan April 2019

Jika dibandingkan dengan senarai 10 peranti Android berprestasi tinggi untuk bulan Mac yang lalu, bulan April ini tidak begitu banyak berbeza. Ini kerana Xiaomi dilihat masih mendominasi dua kedudukan tertinggi carta dengan model Xiaomi Mi 9 Explorer Edition dan juga Xiaomi Mi 9.

Namun begitu, kedudukan carta ditempat ketiga dan keempat dilihat telah dirampas oleh dua model terbaharu Android iaitu Black Shark 2 dan juga Meizu M16s. Apa yang menariknya, kedua-dua model yang baru muncul di carta AnTuTu ini juga dilihat telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855.

Senarai 10 telefon pintar Android terbaik untuk bulan April 2019:

  1. Xiaomi Mi 9 Explorer Edition (Snapdragon 855) → 373,715
  2. Xiaomi Mi 9 (Snapdragon 855) → 373,511
  3. Black Shark 2 (Snapdragon 855) → 371,837
  4. Meizu 16s (Snapdragon 855) → 370,306
  5. Vivo iQOO Monster (Snapdragon 855) → 363,360
  6. Samsung Galaxy S10+ (Snapdragon 855) → 359,936
  7. Samsung Galaxy S10 (Snapdragon 855) → 358,726
  8. Vivo iQOO (Snapdragon 855) → 354,138
  9. Nubia Red Magic Mars (Snapdragon 845) – 310,612
  10. Honor V20 / View20 (Kirin 980) → 306,289

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend