Antaramuka realme UI Didedahkan Dengan Penampilan Lebih Ringkas Dan Ciri-Ciri Menarik Comments Off on Antaramuka realme UI Didedahkan Dengan Penampilan Lebih Ringkas Dan Ciri-Ciri Menarik

Sejak tahun lepas lagi realme pernah mengumumkan akan tampil dengan sokongan antaramukanya sendiri, dan tidak lagi akan berkongsi antaramuka ColorOS yang sebelum ini digunakan pada peranti keluaran OPPO. Melalui perkongsian portal gsmarena, realme kini dilaporkan telahpun memulakan percubaan beta untuk antaramuka baharunya di China.

Dikenali sebagai realme UI, antaramuka yang membawakan slogan ‘Seemless Fun’ ini telah dibangunkan daripada antaramuka ColorOS 7 berasaskan Android 10. Namun begitu, penampilan antaramukanya kini kelihatan lebih ringkas dengan sokongan pelbagai ciri-ciri yang telah dipertingkatkan.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuklah sentuhan ikon yang boleh diubah rekaannya secara manual mengikut kehendak pengguna. Ini termasuklah bentuk ikon sama ada empat segi atau bulat, tahap lut sinar pada warna latar ikon, dan juga jenis ikon yang akan digunakan bagi setiap aplikasi.

Manakala imej latar realme UI pula akan diinspirasikan daripada elemen alam semulajadi yang akan disesuaikan dengan skema warna, dan juga animasi peralihan yang lebih menarik. Selain itu ia juga akan turut menyokong fungsi-fungsi tambaha seperti perlindungan maklumat peribadi, Focus Mode yang akan memainkan muzik yang lebih relaks, dan juga sokongan Smart Gestures.

sumber

Baca juga:

Teknologi Pengecasan Pantas Baharu Daripada realme Akan Dikenali Sebagai SUPERDART

realme Mungkin Akan Keluar Dari OPPO, Kini Sedang Membangunkan Ekosistem Tersendiri

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend