Antaramuka EMUI Daripada Huawei Kini Memiliki 470 Juta Pengguna Aktif Setiap Hari Di 216 Buah Negara Comments Off on Antaramuka EMUI Daripada Huawei Kini Memiliki 470 Juta Pengguna Aktif Setiap Hari Di 216 Buah Negara 411

Siapa sangka jenama Huawei yang suatu masa dahulu tidak dipandang oleh pengguna telefon pintar, kini telah menjadi satu jenama besar yang sering mendapat perhatian setiap kali model baharunya dilancarkan. Sungguhpun antaramuka EMUI yang digunakan pada peranti Huawei dan Honor sering mendapat kritikan daripada pengguna, ternyata ia telah mencatatkan satu pencapaian yang sangat positif.

Berdasarkan laporan yang telah dikongsikan oleh Dr. Wang Chenglu selaku Presiden Bahagian Perisian Pengguna Huawei, antaramuka EMUI telah memiliki pengikutnya yang tersendiri dengan mencatatkan 470 juta pengguna aktif pada setiap hari. Malah EMUI juga dilihat telah digunakan di 216 buah negara di seluruh dunia buat masa ini.

Sebagai rujukan, antaramuka EMUI versi pertama telah diperkenalkan sejak Julai 2012 lagi dan antaramuka yang dibangunkan oleh Huawei ini telah berjaya mendapat perhatian melalui sokongan EMUI 5.0 pada siri Huawei Mate 9 kearna ia menjanjikan pengoperasian yang lebih lancar. Namun selepas itu versi EMUI terus melangkau ke versi 8.0 pada siri Mate 10 bagi mengikuti versi Android pada ketika itu.

Miliki peranti Huawei dengan diskaun dan hadiah percuma sempena meraikan ulang tahun ke-5 Huawei Online Official Store:

sumber

Baca juga:

Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Senarai Rasmi 15 Model Telefon Pintar Dan Tablet Honor Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend