Antaramuka ColorOS 7 Mula Tertiris Sebelum Pelancaran Rasminya Pada 20 November 2019 Comments Off on Antaramuka ColorOS 7 Mula Tertiris Sebelum Pelancaran Rasminya Pada 20 November 2019 150

OPPO sebelum ini telah merancang untuk memperkenalkan antaramuka baharu untuk telefon pintar keluarannya dengan kemas kini ColorOS 7 yang dijadualkan akan berlangsung pada 20 November 2019 nanti. Walaupun masih ada dua minggu sebelum ia didedahkan secara rasmi, kini antaramuka ColorOS 7 itu sudah mula tertiris di Internet.

ColorOS 7 yang dijangka telah dibangunkan berasaskan daripada antaramuka Android 10 ini bukan sahaja akan dilengkapi dengan sokongan mod gelap, tetapi ia juga akan memfokuskan kepada aspek permainan dan juga penambahbaikan prestasi pengoperasian. Menurut sumber di Weibo, antaramuka baharu ini juga dikatakan akan menyokong animasi yang lebih baik.

Akan diumumkan secara rasmi pada 20 November 2019 nanti, OPPO juga berkemungkinan besar akan turut mendedahkan senarai model yang akan menerima kemas kini ColorOS 7 ini nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend