Andy Rubin Dedah Rekaan Unik Untuk Telefon Pintar Misterinya Di Bawah ‘Project GEM’ Comments Off on Andy Rubin Dedah Rekaan Unik Untuk Telefon Pintar Misterinya Di Bawah ‘Project GEM’ 196

Apabila keluar meninggalkan Google, Andy Rubin sebelum ini telah menerajui Essential Products Inc. pada tahun 2015 yang lalu dengan pelancaran Essential Phone pada tahun 2017. Walau bagaimanapun peranti pertama yang diperkenalkan itu dilihat tidak mendapat sambutan, dan dihentikan pengeluarannya pada setahun selepas itu.

Menariknya baru-baru ini Andy Rubin telah mula berjaya menarik perhatian banyak pihak apabila telah memuat naik beberapa keping gambar dan video yang mendedahkan sebuah peranti misteri. Menampilkan rekaan radikal dengan sentuhan paparan skrin yang memanjang, ia sebenarnya merupakan sebuah peranti yang akan diuji di bawah ‘Project GEM’.

Bagi memastikan kesesuaian untuk format paparan yang agak unik ini, peranti ini turut menampilkan sokongan antaramuka (UI) khas yang berkemungkinan besar dioperasikan oleh Android. Selain rekaan skrin yang panjang, peranti ini juga menyokong panel belakang berkilat yang akan berubah warna apabila dilihat pada sudut berbeza menggunakan teknologi ‘GEM Colorshift’.

Menurut Andy Rubin, mereka akan mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung peranti misteri ini dalam masa terdekat nanti.

 

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend