Android R Dilihat Telah Dioperasikan Pada Model Google Pixel 4 Di Geekbench Comments Off on Android R Dilihat Telah Dioperasikan Pada Model Google Pixel 4 Di Geekbench

Pada Ogos 2019 yang lalu, Google telahpun melancarkan kemas kini terbaharu untuk sistem operasi Android iaitu Android Q atau kini lebih dikenali sebagai Android 10. Memandangkan kini sudahpun memasuki tahun 2020, Google sudah tentunya akan tampil dengan versi kemas kini terbaharunya.

Melalui pendedahan di laman penanda aras Geekbench, Google berkemungkinan besar mungkin sedang menguji Google Pixel 4 yang dioperasikan dengan Android R atau mungkin akan dikenali sebagai Android 11.

Mencatatkan skor single-core sebanyak 712 mata dan skor multi-core sebanyak 2181 mata, keputusan ujian penanda aras Geekbench ini mula didedahkan di laman tersebut pada 17 Januari 2020 yang lepas.

Tetapi memandangkan maklumat perkakasan pada peranti di Geekbench agak mudah untuk dimanipulasi oleh sesetengah pengguna, laporan yang dikongsikan ini masih tidak dapat disahkan kesahihannya buat masa ini.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend