Android Q Kini Rasmi Dikenali Sebagai Android 10, Logo Dan Maskot Android Turut Berubah Comments Off on Android Q Kini Rasmi Dikenali Sebagai Android 10, Logo Dan Maskot Android Turut Berubah 247

Setiap kali Google tampil dengan versi baharu untuk platform mudah alih keluarannya, rata-rata daripada pengguna akan sentiasa berasa teruja untuk meneka nama yang akan digunakan. Ini kerana sudah menjadi satu tradisi Google untuk memperkenalkan versi Android baharunya yang dinamakan sempena nama pemanis mulut.

  • Android (Alpha)
  • Android (Beta)
  • Android Cupcake
  • Android Donut
  • Android Eclair
  • Android Froyo
  • Android Gingerbread
  • Android Honeycomb
  • Android Ice Cream Sandwich
  • Android Jellybean
  • Android KitKat
  • Android Lollipop
  • Android Marshmallow
  • Android Nougat
  • Android Oreo
  • Android Pie

Tetapi baru-baru ini Google buat pertama kalinya telah mengambil pendekatan berbeza dengan mengumumkan versi Android Q yang kini rasmi akan hanya dikenali sebagai ‘Android 10’. Penggunaan nama yang hanya diwakili dengan nombor ini telah digunakan kerana ia lebih mudah untuk diingati, dan dalam masa yang sama lebih sesuai untuk pasaran global.

Logo baharu Android yang kini tampil dengan rekaan lebih moden.

Tidak cukup dengan itu, Google juga dilihat telah mula memberi sentuhan baharu pada logo dan juga maskot Android, selepas kali terakhir ia dikemaskinikan pada tahun 2014 yang lalu. Selain menukar warna logo daripada hijau ke hitam, jenis font juga turut ditukar agar tampil lebih moden. Manakala maskot Android baharu ini dilihat tampil dengan tona warna hijau kebiruan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend