Android Q Beta 1 Kini Sedia Dimuat Turun Untuk Semua Model Google Pixel 0 184

Beberapa hari yang lepas pangkalan data Geekbench telah mendedahkan skor yang telah dicatatkan oleh Google Pixel 2 yang dioperasikan dengan patform Android Q. Bahkan versi Developer Preview juga dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam acara Google I/O pada Mei 2019 nanti.

Sekiranya anda memiliki mana-mana peranti Google Pixel iaitu Pixel 3 XL, Pixel 3, Pixel 2 XL, Pixel 2, Pixel XL ataupun Pixel, Google sudahpun mula mengumumkan ketersediaan muat turun Android Q Beta 1 bermula hari ini. Jadi bagi yang berminat untuk mencuba versi Android terbaharu ini, anda perlu menyertai program Beta di google.com/android/beta.

Disasarkan khusus untuk pembangun bagi menguji aplikasi yang dibangunkan, Android Q Beta 1 ini menawarkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baharu seperti kawalan lebih spesifik terhadap kebenaran untuk mengakses lokasi, paparan yang dioptimakan untuk peranti dengan skrin boleh lipat, fungsi Sharing Shortcuts yang lebih pantas, panel tetapan baharu, mod prestasi WiFi, kawalan bokeh dinamik dan banyak lagi.

sumber

Baca juga:

Geekbench Memperlihatkan Kehadiran Google Pixel 2 Dengan Sokongan Android Q

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend