Android Pie Dilaporkan Telah Dioperasikan Pada 260 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Comments Off on Android Pie Dilaporkan Telah Dioperasikan Pada 260 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia

Diperkenalkan secara komersial buat pertama kalinya pada tahun 2008, kini platform Android yang dibangunkan oleh Google telah berusia hampir mencecah 11 tahun. Malah berdasarkan kenyataan yang dikongsikan oleh Google, kini terdapat 2.5 bilion telefon pintar Android yang aktif di seluruh dunia.

Menariknya baru-baru ini Google dilihat turut mendedahkan statistik berhubung telefon pintar dengan sokongan versi Android yang berbeza, setakat 7 Mei 2019 yang lalu. Melalui pendedahan itu, Android Pie dilihat telah dioperasikan pada 10.4% daripada jumlah keseluruhan versi Android yang digunakan. Ini secara tidak langsung menyaksikan hampir 260 juta unit telefon pintar di seluruh dunia telah dioperasikan dengan versi Android Pie.

Jika dibandingkan dengan versi Android Oreo sebelum ini, ketersediaan pengoperasian Android Pie pada telefon pintar dilihat lebih cepat daripada apa yang dijadualkan sebelum ini. Apa yang pasti, ini telah membuktikan perkembangan positif ‘Project Treble’ yang membantu pengeluar telefon pintar untuk melepaskan kemas kini versi terbaharu dengan lebih cepat.

sumber

Baca juga:

Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Kini Rasmi Dengan Kamera Setanding Pixel 3 Pada Harga Lebih Mampu Milik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend