Android P Akan Menyekat Aplikasi Daripada Memantau Aktiviti Rangkaian Pengguna Comments Off on Android P Akan Menyekat Aplikasi Daripada Memantau Aktiviti Rangkaian Pengguna

Untuk pengetahuan anda, aplikasi pada peranti Android sebenarnya memiliki akses penuh untuk memantau segala aktiviti rangkaian pada peranti, tanpa memerlukan sebarang kebenaran daripada pengguna. Isu privasi yang dihadapi ini nampaknya akan disekat apabila versi Android P akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui pendedahan yang berjaya dibuat oleh pembangun di forum XDA, mana-mana aplikasi pada peranti bukan setakat mampu mengesan bila aplikasi lain disambungkan ke Internet, tetapi ia juga boleh mengetahui di mana ia sedang disambungkan. Perkara ini secara tidak langsung membolehkan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya menjejaki aktiviti rangkaian tanpa pengetahuan anda.

Namun begitu, isu privasi ini dikatakan akan hanya boleh diatasi dengan sokongan Android P yang menyokong pembangunan aplikasi dengan API Levels 28. Ini bermakna aplikasi dengan sokongan API Levels yang lebih rendah masih terdedah dengan isu ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend