Android 9.0 Pie Kini Rasmi, Kemas Kini Mula Diterima Oleh Pemilik Pixel Dan Essential Phone Comments Off on Android 9.0 Pie Kini Rasmi, Kemas Kini Mula Diterima Oleh Pemilik Pixel Dan Essential Phone

Selepas lebih kurang berada dalam fasa percubaan beta, akhirnya hari ini Android 9.0 atau lebih dikenali sebagai Android P telah ditawarkan secara rasmi. Jika sebelum ini ada kakitangan Huawei telah melaporkan bahawa Android P akan dikenali sebagai Android Pistachio Ice Cream, nampaknya perkongsian itu tidak benar kerana ia telah diperkenalkan secara rasmi sebagai Android Pie.

 

Essential Phone mula menerima kemas kini Android 9.0 Pie secara rasmi dengan saiz fail sebesar 1047.2MB.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Android 9.0 Pie menjanjikan pelbagai ciri-ciri baharu dan yang paling menariknya adalah sokongan sistem navigasi berasaskan gerakan pada skrin. Selain itu ia juga hadir dengan fungsi Adaptive Battery yang menggunakan pembelajaran mesin untuk memperbaiki pengurusan tenaga.

Android 9.0 Pie kini bukan sahaja boleh dimuat turun secara rasmi pada peranti Google Pixel, tetapi ia juga turut boleh dimuat turun pada model Essential Phone. Sekaligus menjadikannya sebagai peranti bukan Google Pixel yang pertama menerima kemas kini Android 9.0 Pie ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend