Anda Masih Berpeluang Mendapatkan Telefon Pintar Nokia Dengan Penjimatan Sehingga RM340 Comments Off on Anda Masih Berpeluang Mendapatkan Telefon Pintar Nokia Dengan Penjimatan Sehingga RM340

HMD Global nampaknya sedang mengadakan tawaran promosi besar-besaran kepada orang ramai. Promosi yang dinamakan ‘Nokia Grand Sale’ menawarkan potongan harga untuk sejumlah telefon pintar seperti Nokia 7 Plus, Nokia 6.1 Plus, Nokia 6.1, Nokia 5.1 Plus, Nokia 3.1, Nokia 2.1, dan Nokia 1 dengan potongan harga sehingga RM340.

Pengurus Negara, Vijay Thangavelu berkata “Kempen jualan ini adalah untuk penyokong kami dan bagi mereka yang sudah lama merindui untuk memiliki telefon pintar Nokia. Kini kami menjadikannya lebih murah untuk semua orang.”

Jualan promosi ini kini berlangsung di semua kedai terpilih di seluruh negara hingga 30 April 2019. Anda juga boleh menyemak senarai harga peranti di pautan ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend