Anda Kini Boleh Menonton Wayang Dengan Skrin Panorama Di GSC 1 Utama Comments Off on Anda Kini Boleh Menonton Wayang Dengan Skrin Panorama Di GSC 1 Utama 229

Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan ScreenX pada akhir tahun lalu, yang mana membawakan pengalaman menonton wayang menerusi skrin panorama pertama seumpamanya di negara ini. Selepas hampir lapan bulan, kini ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai di panggung GSC 1 Utama, Petaling Jaya.

Ketika ini, GSC 1 Utama sedang mengadakan tawaran promosi kepada orang ramai. Bermula 5 Ogos hingga 4 September 2019, tiket boleh didapati pada harga RM14 sahaja – dan mungkin berubah selepas tamat tempoh promosi.

Beberapa filem yang sedang dimainkan ialah:

  • Spider-Man: Far From Home
  • Captain Marvel
  • Godzilla: King of Monsters
  • Annabelle Comes Home
  • Bohemian Rhapsody

Anda mungkin pernah menonton filem-filem yang disenaraikan di atas, tetapi dengan konsep panggung baharu ini ia mungkin akan memberi pengalaman yang berbeza buat anda.

ScreenX dibina dengan kerjasama syarikat dari Korea Selatan iaitu CJ 4DPLEX. Ia menawarkan paparan 270-darjah dengan bantuan lima projektor di sekeliling panggung untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih menyeluruh.

GSC mengatakan ScreenX akan dibuka di dua cawangan lagi (tidak dinyatakan lokasi) pada tahun 2020 nanti.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend