Anda Kini Boleh Mengemas Kini iPhone Kepada iOS 12.3, Apple Watch Kepada WatchOS 5.2.1 Comments Off on Anda Kini Boleh Mengemas Kini iPhone Kepada iOS 12.3, Apple Watch Kepada WatchOS 5.2.1 437

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru kepada para pengguna iPhone dan Watch. Seperti biasa kemas kini ini menawarkan perisian terkini dengan tampalan pada pepijat serta beberapa sokongan terbaru.

iOS 12.3 kini menyokong Airplay 2, ciri yang membolehkan pengguna berkongsi video, foto, muzik, dan pelbagai lagi daripada peranti ke Apple TV. Sokongan ini juga kini tersedia di TV pintar seperti LG, Samsung, dan Sony. Selain daripada itu, Apple juga telah mengemas kini antaramuka Apple TV, servis langganan, menambah seleksi filem 4K HDR, serta program dan filem untuk kanak-kanak.

Manakala WatchOS 5.2.1 pula kini menyokong fungsi ECG (elektrokardiogram) untuk pengguna di Croatia, Republik Czech, Iceland, Poland, dan Slovakia. Kemas kini ini juga menyelesaikan isu yang mana nombor tidak dipaparkan pada muka Explorer untuk segelintir pengguna yang terkesan.

Jika anda pengguna untuk mana-mana peranti ini, anda kini boleh memuat turunnya sekarang untuk menikmati pengalaman pengguna yang lebih baik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend