Anda Boleh Dapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Dengan Pascabayar Celcom Platinum Comments Off on Anda Boleh Dapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Dengan Pascabayar Celcom Platinum 400

Syarikat telco tempatan sering menawarkan telefon pintar percuma kepada para pelanggannya. Terbaru, Celcom hadir dengan tawaran istimewa Vivo Y17 kepada mereka yang mendaftar pelan pascabayar Celcom Platinum dan Platinum Plus.

Melalui pelan Celcom Platinum RM149 per/bulan atau Celcom Platinum Plus RM188 per/bulan, pelanggan akan membawa pulang telefon pintar ini secara percuma yang mana ianya bernilai RM999 seunit.

Bercakap tentang pelan, pengguna akan diberikan internet bulanan sebanyak 60GB manakala 100GB untuk pelanggan Platinum Plus. Ia sekaligus memberi ketenangan minda kepada mereka yang gemar bermain permainan mudah alih dalam talian.

Vivo Y17 dilengkapi paparan 6.5-inci Halo FullView dengan nisbah 19.3:9 disamping nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 89 peratus. Peranti ini menyediakan bateri sebesar 5,000mAh (pengecasan pantas 18W) bersama kamera depan 20MP dengan sokongan AI Face Beauty.

Kamera belakang menggabungkan tiga sensor iaitu 13MP, 8MP (bersudut lebar), dan 2MP (kedalaman) selain Y17 turut dijalankan dengan sistem operasi Funtouch OS 9 berasaskan Android Pie, memori 4GB RAM, serta storan seluas 128GB.

Ketika artikel ini ditulis, pihak Celcom nampaknya masih belum mengemas kini laman sesawang rasmi mereka. Jadi, tiada info lanjut dapat diperolehi mengenai terma dan syarat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend