Analisis Pasaran Meramalkan Jualan Telefon Pintar Apple Dan Samsung Akan Merosot Lagi Untuk Tahun 2019 Comments Off on Analisis Pasaran Meramalkan Jualan Telefon Pintar Apple Dan Samsung Akan Merosot Lagi Untuk Tahun 2019

Setakat tahun 2018 yang lalu, Samsung dan Apple masing-masing telah berjaya menduduki tangga pertama dan kedua sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini jualan telefon pintar global untuk kedua-dua jenama itu dilihat telah mengalami kemerosotan.

Jika benar apa yang diramalkan oleh JP Morgan, industri telefon pintar dipercayai akan mengalami pasaran yang kurang baik pada tahun 2019 terutamanya untuk segmen kelas atasan yang didominasi oleh Apple dan Samsung. Menurut JP Morgan, jualan telefon pintar keluaran Apple dijangka akan mengalami penurunan sehingga dua digit untuk tahun 2019 ini.

Perkara ini tidak mustahil memandangkan pasaran terbesar Apple iaitu China berikutan kitar masa gantian telefon pintar baru yang semakin panjang, dan juga permintaan yang semakin berkurangan di pasaran terbesar dunia itu. Manakala jualan telefon pintar Samsung pula dijangka akan mengalami penurunan sebanyak satu digit pada tahun ini.

Sebaliknya jenama telefon pintar yang dikeluarkan dari negara China seperti Xiaomi, OPPO, Vivo, dan Huawei dilihat telah menawarkan peranti dengan kualiti yang telah ditingkatkan pada harga yang jauh lebih murah berbanding jenama Samsung dan juga Apple.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend