AmBank Dan Digi Bekerjasama Untuk Menyediakan 10,000 Terminal Pembayaran Vcash Dalam Tempoh 12 Bulan Akan Datang Comments Off on AmBank Dan Digi Bekerjasama Untuk Menyediakan 10,000 Terminal Pembayaran Vcash Dalam Tempoh 12 Bulan Akan Datang

Dalam usaha untuk meningkatkan strategi digital dalam meluaskan rangkaian peniaga untuk menerima perkhidmatan pembayaran tanpa tunai mudah alih, AmBank (M) Berhad dan Digi Telecommunications Sdn Bhd hari ini telah mengumumkan jalinan kerjasama strategik.

Melalui kerjasama perkongsian e-pembayaran itu, terdapat dua pendekatan yang akan diambil iaitu terminal dagangan AmBank (POS) akan diaktifkan untuk menerima urus niaga kod QR vcash, sekaligus membolehkan pengguna vcash membayar urus niaga melalui aplikasi mudah alih Digi vcash.

Manakala pendekatan kedua adalah Digi akan menandatangani pedagang perusahaan kecil dan sederhana (SME) di bawah program Pedagang Induk dengan AmBank. Ini bermakna akan lebih ramai peniaga yang akan menerima transaksi pembayaran menggunakan perkhidmatan vcash.

kredit gambar: Digital News Asia

Objektif kerjasama ini turut menyasarkan penyediaan sebanyak 10,000 terminal pembayaran dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk menerima perkhidmatan e-pembayaran vcash yang ditawarkan oleh Digi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend