Amazon Pecat Penghantar Barang Selepas Pembeli Ini Melihat Rakaman CCTV… Comments Off on Amazon Pecat Penghantar Barang Selepas Pembeli Ini Melihat Rakaman CCTV… 438

Pembelian barang atas talian bukanlah sesuatu yang asing pada masa sekarang. Keyakinan untuk membeli barang dengan kaedah sebegini boleh dilihat kerana pengguna bukan setakat membeli barang berharga kurang dari RM10, malah ada di antara mereka yang sanggup membeli barang berharga yang mencecah hingga ribuan ringgit.

Walaupun kaedah sebegini dilihat lebih memudahkan dan menjimatkan kos, tetapi terdapat beberapa insiden yang membuatkan ada daripada segelintir pengguna masih skeptikal untuk membeli secara online.

Baru-baru ini ada pembeli atas talian di Amazon telah menjadi berang setelah melihat rakaman CCTV di rumahnya yang terletak di Homestead, Florida. Melalui rakaman tersebut, Roly Andrade telah melihat penghantar barang yang dibelinya melalui Amazon telah mencampakkan kotak besar ke atas anak anjing peliharaannya.

 

Disebabkan rasa tidak puas hati itu, Andrade telah memuat naik rakaman video CCTV itu di laman sosial Facebook miliknya dan mendapat perhatian orang ramai. Malah Amazon sendiri dikatakan telah menghubungi Andrade dan meminta maaf di atas insiden yang berlaku. Pihak Amazon juga telah mengambil tindakan dengan memecat lelaki penghantar barang berkenaan daripada syarikat mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend