Amazon Dalam Diam Telah Memperkenalkan Aplikasi Pelayar Web Versi ‘Lite’ Di India Comments Off on Amazon Dalam Diam Telah Memperkenalkan Aplikasi Pelayar Web Versi ‘Lite’ Di India

Amazon bukanlah satu jenama yang kecil kerana ia merupakan salah satu platform membeli-belah atas talian yang terbesar di dunia. Nampaknya Amazon dalam diam telah memperluaskan skop perkhidmatan yang ditawarkannya apabila baru-baru ini ia telah memperkenalkan aplikasi pelayar web versi ‘lite’ khusus untuk pengguna di India.

Aplikasi yang dikenali sebagai Internet: fast, lite and private ini berjaya ditemui di Google Play Store di India dan ia berupaya menyokong peranti Android dengan versi 5.0 Lollipop dan ke atas. Sebagaimana nama yang digunakannya, aplikasi pelayar web dari Amazon ini sebenarnya disasarkan untuk pengguna yang memiliki spesifikasi rendah kerana fail saiz aplikasi ini kurang dari 2MB.

Selain menawarkan saiz yang kecil yang sesuai untuk peranti dengan ruang storan yang terhad, ia juga turut menekankan aspek privasi kerana tidak seperti pelayar web yang lain, ia tidak akan meminta kebenaran untuk mengakses atau mengumpul data privasi anda. Pelayar web Amazon ini juga turut disediakan dengan fungsi Private tabs, Tab previews, sokongan mod skrin penuh dan sebagainya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend