Alibaba Suntik 2 Bilion Dana Tambahan Kepada Lazada Comments Off on Alibaba Suntik 2 Bilion Dana Tambahan Kepada Lazada

Alibaba mengukuhkan pengaruh pasaran di Asia Tenggra melalui pelaburan di Lazada selepas menyuntik dana tambahan $2 bilion ke dan menggantikan CEOnya dengan eksekutif dari Alibaba.

Pelaburan pertama Alibaba dilakukan pada April 2016 apabila ia membeli 51 peratus daripada Lazada pada nilai $1 bilion. Selepas itu, Alibaba menambah $1 bilion lagi pada musim panas yang lepas lantas meningkatkan ekuiti pegangan mereka kepada sekitar 83 peratus. Sehingga hari ini, Alibaba telah melabur $4 bilion menjadikan Lazada hub utama Alibaba di dalam pasaran Asia Tenggara.

Selari dengan peningkatan suntikan dana, Alibaba melantik Lucy Peng sebagai CEO baru Lazada bagi menggantikan Max Bittner. Peng, yang merupakan salah seorang pengasas asal Alibaba, telah menjadi Pengerusi Lazada dan pengerusi eksekutif Ant Financial, syarikat gabungan fintech Alibaba. Bittner akan terus terlibat sebagai “penasihat kanan untuk Kumpulan Alibaba” dan nampaknya terlibat dalam strategi masa depan, termasuk peluang pengembangan antarabangsa yang lebih jauh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend