Alcatel Akan Buat Kemunculan Di Malaysia Minggu Ini Dengan Tiga Peranti Terbaharu Comments Off on Alcatel Akan Buat Kemunculan Di Malaysia Minggu Ini Dengan Tiga Peranti Terbaharu

Jenama Alcatel yang popular sebelum zaman telefon pintar ingin membuat kemunculan semula di Malaysia. Perkara ini telah disahkan melalui satu jemputan yang telah diberikan kepada kami. Apa yang telah diberitahu, pihak Alcatel ingin melancarkan tiga model terbaharu termasuk satu daripadanya kelas induk iaitu Alcatel 5V.

Serba sedikit tentang Alcatel 5V ialah ia mengenakan skrin bertakuk bersaiz 6.2-inci disamping dwi kamera di belakang dengan teknologi AI. Pemproses dimuatkan dengan cipset MediaTek Helio P22 dan disertakan 3GB RAM dan 32GB storan. Bateri sebesar 4,000mAh juga dibungkuskan bersama malah menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Bagaimanapun setakat ini kami tidak boleh memastikan spesifikasi sebenar sehingga ia dilancarkan secara rasmi esok. Bagi yang rindukan jenama ini, jangan lupa ikuti artikel pelancaran Alcatel dalam masa terdekat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend