Alat Pembunuh Nyamuk Xiaomi Yeelight Diperkenalkan Pada Harga Kurang RM100 Comments Off on Alat Pembunuh Nyamuk Xiaomi Yeelight Diperkenalkan Pada Harga Kurang RM100 671

Sebelum ini, alat pembunuh nyamuk keluaran Xiaomi telah berada di pasaran dan produk-produk ini mendapat sambutan yang tinggi daripada pengguna. Hari ini, mereka telah memperkenalkan model baharu dengan fungsi dua-dalam-satu dinamakan Xiaomi Yeelight Mosquito Killer.

Menariknya, tanda harga yang dipamerkan untuk alat pembunuh nyamuk ini adalah 149 Yuan atau lebih kurang RM89 jika di Malaysia. Ia sebenarnya memiliki dua fungsi iaitu boleh dijadikan sebagai pemukul nyamuk atau diletakkan di mana-mana ruang di rumah atau di pejabat.

Alat ini selamat digunakan kerana ia hadir dengan sistem keselamatan daripada sentuhan tidak sengaja. Menurut Xiaomi, alat ini direka untuk perlindungan dan mengurangkan bahaya. Cahaya ungu yang terhasil juga akan menarik perhatian nyamuk serta serangga kecil lain. Bijaknya, cahaya ini juga akan terpadam pada siang hari dan menyala pada malam hari.

Xiaomi Yeelight direka dengan konsep mesra alam tanpa bahan kimia, malah dengan pengecasan penuh ia boleh dihidupkan dalam tempoh 3-4 jam melalui pengecasan microUSB.

Yeelight Mosquito Killer sesuai digunakan dalam pelbagai ekosistem pintar seperti Apple HomeKit, Google Home, Amazon Alexa, dan Xiaomi Home.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend