Akses Internet Pada Telefon Pintar Mengatasi PC Buat Pertama Kalinya Di Jepun Comments Off on Akses Internet Pada Telefon Pintar Mengatasi PC Buat Pertama Kalinya Di Jepun

Berdasarkan kepada kaji selidik yang telah dijalankan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi di Jepun, buat pertama kalinya pengguna negara itu telah memperlihatkan penggunaan telefon pintar untuk mengakses Internet yang lebih tinggi berbanding aktiviti yang sama pada PC.

Melalui respons yang diterima, 54.2% daripada responden telah menggunakan telefon pintar untuk mengakses Internet, manakala kurang daripada separuh daripada responden telah menggunakan PC untuk tujuan yang sama iaitu 48.7%. Pengguna yang menggunakan tablet untuk mengakses Internet pula hanya mencatatkan 18.7% sahaja.

Saiz skrin yang lebih besar memudahkan warga emas untuk melihat paparan dengan lebih jelas, mungkin menjadi penyumbang statistik.

Lebih menariknya, 87.8% daripada responden berumur sekitar 20an telah memilih telefon pintar untuk mengakses Internet, dan hanya 37.2% responden yang berusia dalam lingkungan 60an pula memilih PC. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh faktor saiz paparan skrin yang kecil pada telefon pintar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend