Akhirnya Nokia 8110 4G Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di China Tidak Lama Lagi… Comments Off on Akhirnya Nokia 8110 4G Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di China Tidak Lama Lagi…

Pada awal tahun yang lalu, HMD Global telah mengembalikan kegemilangan Nokia 8110 atau lebih dikenali sebagai ‘Nokia Pisang’ dengan generasi terbaru untuk model yang sangat popular pada era 90an yang lalu. Dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya untuk tatapan umum pada acara MWC 2018 yang lalu, akhirnya ia bakal dilancarkan secara rasmi di China tidak lama lagi.

Perkara ini telah disahkan selepas Nokia 8110 4G telah mula kelihatan di laman sesawang rasmi TENAA baru-baru ini. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya model ini sudahpun boleh dipra-tempah di beberapa pasaran terpilih seperti UK, Perancis, Jerman, Netherlands, Sepanyol dan juga Itali.

 

Nokia 8110 4G yang tampil dengan platform Smart Feature OS (Kai OS) ini telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 205, ruang storan 4GB, RAM 512GB, sokongan kad microSD 64GB, paparan skrin 2.4 inci (320 x 240 piksel), kamera 2 Megapiksel, bateri berkapasiti 1500 mAh, dan juga menyokong rangkaian 4G LTE.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend