Akaun Pembeli Yang Kerap Memulangkan Barang Yang Telah Dibeli Dari Amazon Akan Disekat?! Comments Off on Akaun Pembeli Yang Kerap Memulangkan Barang Yang Telah Dibeli Dari Amazon Akan Disekat?!

Laman membeli-belah popular iaitu Amazon ada menawarkan polisi pulangan barangan yang agak fleksibel kepada pelanggannya, tetapi ia sebenarnya tidaklah mudah seperti yang anda fikirkan.

Melalui perkongsian status di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, terdapat banyak aduan yang melaporkan bahawa akaun Amazon mereka telah ditutup tanpa sebarang amaran ataupun penjelasan. Tetapi ada di antara pengguna platform membeli-belah atas talian terbesar di dunia itu telah menjelaskan bahawa akaun mereka telah ditutup kerana dikatakan terlalu kerap memulangkan semula barang yang telah dibeli.

Disebabkan oleh polisi pemulangan barangan yang telah dibeli di Amazon dilihat tidak begitu telus, ramai di antara pengguna berasa tidak puas hati dengan tindakan yang diambil oleh Amazon. Malah ada seorang pemilik akaun yang telah disekat selepas dia memulangkan sebanyak 37 daripada 343 pembelian yang telah dibuat olehnya.

Berikutan isu ini menjadi semakin besar, pihak Amazon telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan itu, tetapi ada di antara pengguna yang menyalahgunakan polisi pemulangan yang ditawarkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend