AirDots Daripada Xiaomi Dijual Lebih Murah Berbanding AirPods 0 270

Xiaomi peneraju produk IoT mampu milik hari ini memperkenalkan fon telinga terbaharu dinamakan AirDots. Ia merupakan fon telinga bluetooh tanpa wayar yang mungkin kelihatan seperti Apple AirPods. Menariknya harga yang ditawarkan pula jauh lebih murah berbanding pesaingnya.

AirDots didatangkan dengan kotak penyimpan yang boleh mengecas kedua-dua belah unit fon telinga. Rekaan pada fon telinga ini direka bujur untuk memberi keselesaan kepada pengguna selain tampak lebih kemas tanpa tangkai. Pengguna boleh menyentuh permukaan luaran kiri dan kanan fon telinga untuk memainkan atau berhenti seketika muzik, menjawab panggilan, dan memberi arahan suara.

Sistem sambungan AirDots menggunakan Bluetooth 5.0 sekaligus membolehkan pengguna memakainya jauh daripada peranti pintar selain sambungan yang lebih stabil. Fon telinga ini ringan dan jika dipegang secara berasingan, ia hanya seberat 4.2g setiap satu. Ketahanan bateri pula menawarkan muzik tanpa henti sehingga 4 jam atau 12 jam untuk keadaan siap siaga.

Xiaomi AirDots dijual di China terlebih dahulu dengan tanda harga CNY199 (~RM120) dimana AirPods dijual pada harga RM649 seunit di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend