Ahli AirAsia BIG Boleh Dapatkan Kupon RM500, 500 Mata Ganjaran Untuk Pembelian Huawei Nova 3i Edisi Merah Comments Off on Ahli AirAsia BIG Boleh Dapatkan Kupon RM500, 500 Mata Ganjaran Untuk Pembelian Huawei Nova 3i Edisi Merah

Ahli AirAsia BIG yang bercadang untuk mendapatkan telefon pintar baharu ini ialah artikel yang sesuai untuk dibaca. Melalui kolaberasi dengan Huawei, anda boleh dapatkan kupon bernilai RM500 untuk pembelian Huawei nova 3i, tidak cukup dengan itu anda juga akan menerima 500 mata ganjaran AirAsia BIG.

Baca juga: Honor Play Melawan Huawei Nova 3i – Mana Satu Yang Patut Dibeli?

Promosi ini hanya terhad kepada 1,000 pelanggan pertama dimana mereka perlulah membuat pembelian Huawei nova 3i edisi merah di kedai dalam talian Huawei Online Store. Terlebih dahulu, anda perlu mendaftar sebagai ahli di Huawei Official Store dan sudah semestinya ahli sedia ada AirAsia BIG Loyalty atau pernah terbang sekali menggunakan penerbangan AirAsia.

Huawei nova 3i ialah sebuah telefon yang menawarkan penggambaran AI melalui empat kamera dua di depan dan dua di belakang. Ia juga dikuasakan pemproses terbaharu HiSilicon Kirin 710 yang menampilkan skrin FullView Display bersaiz 6.3-inci beresolusi FHD+. Harga runcit untuk telefon pintar ini ialah RM1,249 seunit.

Beli di sini: Huawei nova 3i Edisi Merah

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend