Aeril Zafrel Dipilih Sebagai Duta Jenama Untuk Model Redmi Note 7 Yang Akan Dilancarkan Pada 19 Mac 0 453

Bersempena dengan majlis pelancaran rasmi Redmi Note 7 di negara ini, Xiaomi Malaysia turut mengesahkan akan turut mengumumkan wajah baharu sebagai duta jenamanya yang masih dirahsiakan identitinya.

Menariknya hari ini melalui perkongsian video acah di laman rasmi Facebook Xiaomi Malaysia, identiti ikon Redmi Note 7 yang akan turut serta dalam majlis pelancaran peranti itu telah diperlihatkan kepada umum. Walaupun video itu masih menyembunyikan wajah selebriti tempatan ini, ramai yang dapat meneka bahawa ia adalah pelakon Aeril Zafrel.

Bahkan Xiaomi Malaysia turut mengesahkan kehadiran Aeril Zafrel yang memiliki 3.4 juta pengikut di Instagram sebagai duta Redmi Note 7 ini pada hari pelancaran yang akan berlangsung pada 19 Mac 2019 nanti.

Baca juga:

Redmi Note 7 Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

Redmi Note 7 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM, Kamera 48MP Dan Quick Charge 4.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend