Adakah Xiaomi Redmi Note 5 Pro Akan Dilancarkan Di Indonesia Esok?! Comments Off on Adakah Xiaomi Redmi Note 5 Pro Akan Dilancarkan Di Indonesia Esok?!

Melalui perkongsian tweet rasmi dari Xiaomi Indonesia, mereka dilihat telah berkongsi status untuk melancarkan satu model baharu di negara itu pada jam 11 pagi esok (3 April 2018).

Walaupun tidak mendedahkan model apa yang akan diumumkan nanti, melalui gambar yang dikongsikan itu jelas memperlihatkan simbol dwi kamera yang menjadi klu untuk majlis pelancaran yang akan diadakan nanti. Berdasarkan kepada komen yang dihantar pada tweet tersebut, rata-rata daripada pengguna dapat mengagak bahawa model Xiaomi Redmi Note 5 Pro akan dilancarkan di negara itu.

Xiaomi Redmi Note 5 Pro merupakan sebuah model yang menampilkan paparan 18:9 berukuran 5.99 inci FHD+, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera depan 20 Megapiksel dengan Soft Selfie Light, bateri berkapasiti 4000 mAh, dioperasikan dengan MIUI 9 dan juga ditawarkan dalam dua pilihan storan iaitu 64GB + RAM 4GB dan juga 64GB + RAM 6GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend