Adakah Peranti Meizu Anda Tersenarai Untuk Menerima Kemas Kini Flyme OS 7?! Comments Off on Adakah Peranti Meizu Anda Tersenarai Untuk Menerima Kemas Kini Flyme OS 7?!

Di dalam majlis pelancaran yang diadakan di China baru-baru ini, Meizu dilihat telah melancarkan telefon pintar dari siri Meizu 15 dan juga earphone Bluetooth dari model HALO dan POP buat pertama kalinya kepada umum. Untuk pengetahuan anda, Meizu juga sebenarnya telah mengumumkan kehadiran antaramuka terbarunya dengan kehadiran Flyme OS 7 yang disokong pada peranti baru dan akan dikemaskinikan pada peranti Meizu sedia ada di pasaran.

Flyme OS 7 menawarkan lebih 300 ciri baharu dan juga 1300 penambahbaikan pada antaramuka terbarunya itu. Antaranya termasuklah proses imbasan cap jari pada Meizu 15 yang sangat pantas iaitu hanya 0.1 saat, sokongan kamera dengan mod Kecantikan AI mengikut umur, ciri wajah serta jenis kulit, dan ia boleh digunakan pada masa nyata termasuklah ketika membuat panggilan video WeChat.

Selain itu, ia juga turut menyokong tema AI OneMind v2.0 yang telah dipertingkatkan, pengoperasian aplikasi dalam tetingkap kecil, keupayaan untuk mengaktifkan mod gelap pada mana-mana aplikasi, fungsi Face Backtrack yang membolehkan anda memilih pengguna untuk memilih ekspresi wajah terbaik untuk disimpan daripada beberapa keping gambar yang diambil dan banyak lagi.

Senarai peranti Meizu yang menyokong Flyme OS 7:

  • Meizu 15 Plus, Meizu 15, Meizu M15
  • Meizu Pro 7 Plus, Meizu Pro 7
  • Meizu Pro 6 Plus, Meizu Pro 6, Meizu Pro 6s
  • Meizu PRO 5
  • Meizu MX6
  • Meizu MX5
  • Meizu E3
  • Meizu E2
  • Meizu M6 Note
  • Meizu M5 Note
  • Meizu M3 Note
  • Meizu M2 Note
  • Meizu 6s
  • Meizu M3 Max
  • Meizu M3x
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend