Adakah Peranti Anda Tersenarai Untuk Menyokong Aplikasi ARCore Dari Google?! Comments Off on Adakah Peranti Anda Tersenarai Untuk Menyokong Aplikasi ARCore Dari Google?!

ARCore merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Google dalam usaha memastikan pengalaman AR (Realiti Tambahan) yang terbaik untuk peranti Android. Dengan menggunakan API yang berlainan, ARCore membolehkan telefon pintar mengesan persekitaran, memahami dunia sebenar dan membenarkannya untuk berinteraksi antara gabungan persekitaran sebenar dengan objek maya. Sokongan ARCore secara tidak langsung menjanjikan pengoperasian aplikasi AR yang lebih lancar untuk peranti Android.

Walaupun aplikasi ARCore tidak memerlukan sebarang penggunaan perkakasan khusus untuk memastikan pengalaman AR yang terbaik, ia sebenarnya hanya boleh disokong oleh peranti yang dioperasikan dengan Android 7.0 Nougat dan ke atas. Malah tidak semua model dilihat mampu menyokong ARCore ini dan berikut adalah senarai model telefon pintar yang mampu menyokongnya:

ASUS

  • ZenFone AR
  • ZenFone ARES

Google

  • Nexus 5X (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)
  • Nexus 6P (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)
  • Pixel, Pixel XL
  • Pixel 2, Pixel 2 XL

HMD Global

  • Nokia 6 (2018) / Nokia 6.1
  • Nokia 8 Sirocco
  • Nokia 6
  • Nokia 7 Plus

Huawei

  • P20, P20 Pro
  • Mate RS Porsche Design
  • honor 10

LG

  • G6 (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)
  • G7 ThinQ
  • V30, V30+, V30+ JOJO (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)
  • V35 ThinQ

Motorola

  • Moto G5S Plus
  • Moto G6 Plus
  • Moto Z2 Force (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)

OnePlus

  • OnePlus 3T (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)
  • OnePlus 5
  • OnePlus 5T

Samsung

  • Galaxy A5 (2017)
  • Galaxy A7 (2017)
  • Galaxy A8, Galaxy A8+ (2018)
  • Galaxy Note8
  • Galaxy S7, Galaxy S7 edge
  • Galaxy S8, Galaxy S8+
  • Galaxy S9, Galaxy S9+

* Peranti Samsung dengan nombor model berakhir dengan 0 atau 8 tidak menyokong ARCore, contoh: SM-G9600.

Sony

  • Xperia XZ Premium (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)
  • Xperia XZ1, Xperia XZ1 Compact (memerlukan Android 8.0 dan ke atas)

Xiaomi

  • Mi MIX 2S
  • Mi 8

Muat turun aplikasi ARCore – Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend