Adakah Penubuhan ‘Software Upgrade Center’ Sekadar Gimik Pemasaran Daripada LG?! Comments Off on Adakah Penubuhan ‘Software Upgrade Center’ Sekadar Gimik Pemasaran Daripada LG?!

Pada Mac 2018 yang lalu, CEO LG telah berjanji untuk memastikan penerimaan kemas kini yang lebih cepat untuk peranti keluarannya melalui penubuhan pusat kemas kini perisian (Software Upgrade Center) yang terletak di LG Science Park. Nampaknya janji yang dibuat itu hanyalah sekadar ‘janji kosong’ yang tidak dipedulikan.

Lebih mengecewakan pemilik peranti LG, penubuhan pusat kemas kini perisian yang sepatutnya menjanjikan penerimaan kemas kini lebih cepat hanya sekadar gimik semata-mata. Ini kerana selepas lebih setahun ia ditubuhkan, tiada satupun daripada telefon pintar keluaran LG menerima kemas kini Android 9.0 Pie.

Malah portal ComputerWorld juga baru-baru ini telah berkongsi laporan lebih terperinci betapa teruknya penawaran kemas kini yang ditawarkan oleh LG terhadap telefon pintar keluarannya. Bahkan lebih memalukan, LG G6 hanya menerima kemas kini Android Oreo selepas sembilan bulan versi Android itu diperkenalkan oleh Google.

Baca juga:

CEO LG Berjanji Akan Memastikan Penerimaan Kemas Kini Dan Perkhidmatan Selepas Jualan Yang Lebih Baik Untuk Telefon Pintar Keluarannya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend