Adakah Ini Rupa Telefon Pintar Pertama Redmi Dengan Kamera 48MP? Comments Off on Adakah Ini Rupa Telefon Pintar Pertama Redmi Dengan Kamera 48MP?

Pengasas Xiaomi, Lei Jun telah mengacah di arena web bahawa siri Redmi akan disingkirkan daripada Xiaomi dan akan berdiri di atas nama sendiri melalui pelancaran peranti terbaru pada 10 Januari ini.

Terbaru, beberapa keping gambar mula tertiris memperlihatkan peranti pertama Redmi dengan tiga pilihan warna merah, biru, dan hitam. Imej tersebut juga menunjukkan peranti menggunakan sambungan USB Type-C dan masih menyediakan bicu audio 3.5mm di bahagian atas. Lei Jun turut memaklumkan kedua-dua panel depan dan belakang peranti dilengkapi kaca 2.5D.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat sahaja peranti ini dilancarkan pada majlis yang berbaki dua hari lagi. Adakah ini rupa peranti pertama Redmi dengan kamera 48MP?

Redmi Akan Diperkenalkan Sebagai Sub-Jenama Xiaomi Dengan Menyaksikan Pelancaran Telefon Pintar 48MP Pada 10 Januari

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend