Adakah Ini Rupa Sebenar Samsung Galaxy Note 9?! S Pen Dan Peranti Tampil Dengan Warna Kontra Comments Off on Adakah Ini Rupa Sebenar Samsung Galaxy Note 9?! S Pen Dan Peranti Tampil Dengan Warna Kontra

Semalam kami telah berkongsi imej yang memperlihatkan CEO Samsung telah ‘terkantoi’ menggunakan Samsung Galaxy Note 9, nampaknya hari ini individu yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan telefon pintar terbaru iaitu Evan Blass pula telah mendedahkan rekaan penuh peranti flagship dari Samsung itu di laman Twitter miliknya.

Perkongsian gambar itu dibuat selepas Youtubers popular, Marques Brownlee atau lebih dikenali sebagai MKBHD telah memuat naik gambar enjin pesawat yang kelihatan mirip seperti bahagian hujung S Pen. Melalui gambar yang didedahkan itu, Samsung Galaxy Note 9 dilihat menampilkan warna kontra pada S Pen dan juga kerangka peranti tersebut.

Benar atau tidak gambar yang dikongsikan itu merupakan rekaan sebenar Samsung Galaxy Note 9, kami sendiri tidak dapat mengesahkan kesahihannya buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend