Adakah Ini Rekaan Sebenar Jam Tangan Pintar Keluaran OPPO Nanti?! Comments Off on Adakah Ini Rekaan Sebenar Jam Tangan Pintar Keluaran OPPO Nanti?!

Beberapa hari yang lepas, kami baru sahaja berkongsi laporan yang mendedahkan bahawa OPPO bakal hadir dengan jam tangan pintar pertama keluarannya tidak lama lagi.

Menariknya hari ini @UniverseIce telah memuat naik sekeping imej pengolokan yang dipercayai merupakan rekaan yang akan digunakan oleh OPPO untuk jam tangan pintar keluarannya itu nanti.

Berdasarkan perkongsian gambar itu, ia jelas menampilkan rekaan muka jam segi empat yang kelihatan mirip seperti rekaan Apple Watch. Apa yang membezakannya adalah ketiadaan digital crown, sebaliknya telah digantikan dengan dua butang kawalan fizikal.

Buat masa ini tiada maklumat terperinci berkaitan jam tangan pintar OPPO, tetapi sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan dilengkapi sensor EKG untuk bacaan kadar degupan jantung yang lebih tepat.

Apple Watch Series 5

Walau bagaimanapun perkongsian di laman Weibo itu dilihat telah dipadam, jadi tidak dapat dipastikan kesahihan berita itu sama ada betul ataupun tidak.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend